
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memutuskan keseluruhan sektor awam di Sabah beroperasi pada kapasiti penuh mulai hari ini.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata pengecualian hanya diberikan kepada penjawat awam yang dijangkiti Covid-19 dan kontak rapat berdasarkan status semasa dalam aplikasi MySejahtera.
“Sehubungan dengan itu, bagi membendung penularan virus dalam kalangan penjawat awam ketika bertugas, adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan,” katanya dalam kenyataan, petang ini.
Sementara itu, Sabah hari ini hanya mencatat penurunan 16 kes jangkitan Covid-19 menjadikan kes baharu berkurang kepada 2,158 hari ini, berbanding 2,174 kes semalam.
Bagaimanapun, Masidi berkata 17 daripada 27 daerah di Sabah mencatat jumlah kes harian yang lebih tinggi berbanding semalam.
Katanya, hanya sembilan daerah merekodkan penurunan, manakala satu lagi daerah kekal dengan catatan kes seperti semalam.
“Kota Kinabalu kekal sebagai penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dengan 651 kes, diikuti Tuaran (142), Papar (135), Keningau (130), Beaufort (130), Kota Belud (120), Penampang (111) dan Putatan (100.
“Sebanyak 17 daerah lain mencatat kes dua angka manakala Kunak dan Kalabakan masing-masing merekodkan kes satu angka,” katanya.
Katanya, sebanyak 2,143 atau 99.31 peratus daripada 2,158 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti masing-masing enam kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4 serta tiga kes dalam Kategori 5.
Mengenai PICKids, Masidi berkata setakat ini Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 48,118 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang layak divaksin.
“Sebanyak 247 kes hari ini melibatkan kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang belum divaksin dengan 117 daripadanya belum layak mendapat vaksin iaitu berumur bawah lima tahun,” katanya.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 1 Mac 2022
Sabah 2,158 (2,174)
Kota Kinabalu 651 (555)
Tuaran 142 (181)
Papar 135 (204)
Keningau 130 (105)
Beaufort 130 (61)
Kota Belud 120 (101)
Penampang 111 (252)
Putatan 100 (223)
Sandakan 88 (50)
Tawau 83 (70)
Tenom 60 (49)
Kuala Penyu 49 (38)
Ranau 47 (39)
Sipitang 45 (27)
Kota Marudu 41 (32)
Lahad Datu 32 (38)
Telupid 30 (15)
Pitas 25 (19)
Kudat 25 (16)
Tambunan 22 (27)
Nabawan 18 (10)
Semporna 17 (0)
Beluran 17 (8)
Kinabatangan 17 (22)
Tongod 13 (13)
Kunak 8 (13)
Kalabakan 2 (6)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 28 Februari 2022
-Deasoka