
Kota Kinabalu: Sabah hari ini merekodkan kes satu angka Covid-19 dengan hanya sembilan kes baharu, iaitu yang pertama sejak 19 September 2020.
Jumlah kes baharu hari ini juga menunjukkan penurunan tiga kes berbanding 11 kes yang dilaporkan semalam.
Jurucakap perkembangan Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kadar positiviti juga terus menurun kepada 1.01 peratus berbanding 1.47 peratus semalam daripada 889 sampel hari ini dan 746 sampel semalam.
“Hari ini hanya lima daerah mencatatkan jangkitan baharu yang didahului Kota Kinabalu dengan empat kes, diikuti Penampang (dua kes) dan masing-masing satu kes di Lahad Datu, Sipitang serta Tuaran.
“Tiada kes baharu direkodkan di 22 daerah sepanjang tempoh 24 jam yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi berkata, daripada sembilan kes yang dilaporkan hari ini, lapan kes adalah dalam Kategori 2 dan satu kes dalam Kategori 5.
-Deasoka