Kota Kinabalu: Kerajaan negeri bakal memperkenalkan inisiatif baharu yang memfokuskan pembangunan modal insan belia dalam Belanjawan Sabah 2022 yang akan dibentangkan, 3 Disember depan. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, antaranya inisiatif itu melibatkan pembangunan pemerkasaan latihan kemahiran dalam bidang teknologi, teknikal dan perdagangan melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia