Terbabas masuk gaung

Terbabas masuk gaung

TAWAU: Seorang lelaki maut apabila pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam ke gaung dalam kejadian di Jalan Mawang – Luasong, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam, mangsa, Yong Kon Siong, 58, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu dari arah Ldg. SJI Luasong menuju keluar ke Jalan Tawau-Kalabakan, tiba -tiba hilang kawalan lalu terbabas di sebelah kiri jalan terjatuh ke dalam gaung serta termasuk ke dalam anak sungai.

“Kemalangan ini adalah bersabit dengan laporan orang tidak balik rumah sejak 27 Mei lalu.

“Mangsa telah ditemui terlibat kemalangan jalanraya oleh adik sepupunya semasa operasi mencari di jalankan di percayai telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|