Penganjur demo #kamimahuairsabah bakal dipanggil polis: Jauteh

Penganjur demo #kamimahuairsabah bakal dipanggil polis: Jauteh

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Jikun mengesahkan pihak penganjur demostrasi #kamimahuairsabah di hadapan Menara Kinabalu, semalam, akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Jelasnya, setakat ini, seramai sembilan individu di kalangan peserta perhimpunan terbabit telah ditahan namun ianya adalah berkaitan kesalahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan sah.

“Polis akan memanggil penganjur perhimpunan ini mengikut Akta Perhimpunan Aman dan memang ada tangkapan namun bukannya di bawah Akta Perhimpunan Aman, sebaliknya tidak ada mempunyai dokumen.

“Kita menasihatkan para pelajar-pelajar ini bertanya terlebih dahulu kepada pihak yang relevan, apa tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

“Perhimpunan ini tidak mempunyai kelulusan, sebagai pelajar mereka golongan terpelajar dan mempunyai fikiran yang cemerlang dan bukannya terlibat dengan perkara melanggar undang-undang merujuk kepada perhimpunan ini,” katanya.

Setakat ini, jelasnya peserta demostrasi semalam sudah bersurai dari perkarangan Menara Kinabalu susulan perhimpunan Jumaat lalu.

Semalam, perhimpunan #kamimahuairsabah yang disertai kira-kira 80 individu berarak dari arah kampus UMS ke Menara Kinabalu untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu air berpanjangan di universiti berkenaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|