
Ranau: Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi 24 meter dalam kejadian di Simpang Kampung Tomboyuan, Jalan Ranau Bypass Kota Belud, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Tambunan Asang 75, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.07 pagi
Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya dilokasi, kemalangan membabitkan kereta Toyota Unser yang dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung.
“Mangsa pada awalnya dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan dan pasukan operasi terus membawa mangsa naik menggunakan peralatan rescue tools dan stretcher,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, sebaik berjaya dibawa naik, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.06 pagi
-Deasoka