
{"subsource":"done_button","uid":"431BF705-2258-4EC9-889D-DADFB8281D9E_1641197115095","source":"other","origin":"gallery","is_remix":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","source_sid":"431BF705-2258-4EC9-889D-DADFB8281D9E_1641197115103","premium_sources":[],"fte_sources":[]}
Kota Kinabalu: Kerja penurapan semula jalan bagi laluan Kota Kinabalu-Sandakan di Ranau kini sedang dalam pelaksanaan dengan pencapaian kerja sebanyak 50 peratus setakat ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, proses pelaksanaan kerja penurapan berjalan dengan lancar dan dijadual siap pertengahan bulan ini.
“Kita menjangkakan ia akan siap sepenuhnya pada pertengahan Mac ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, di sini.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata kerja penurapan yang dilaksanakan itu ialah di CH49.3 dan CH51.4
Katanya, kerajaan khususnya di bawah kementerian beliau cakna dan prihatin terhadap runggutan pengguna jalan raya yang berlaku di kawasan berkenaan.
“Pihak konsesi yang bertanggungjawab terhadap laluan ini telah mengambil tindakan sebagaimana arahan yang kita keluarkan sebelum ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Bung Moktar berkata, kerja menurap jalan di Telupid (CH142.600) juga akan dilaksanakan dan dijangka dimulakan pertengahan bulan ini.
“Jalan ini juga mendapat rungutan daripada pengguna dan pihak konsesi yang dilantik telah mengambil maklum untuk mengambil tindakan menurapnya semula,” katanya.
-Deasoka