
Kota Kinabalu: Satu kluster baharu dalam kategori Kumpulan Berisiko diisytiharkan di daerah Tuaran, hari ini.
Kluster yang membabitkan pusat penjagaan kebajikan Hope Village di Jalan Tambalang, Tuaran itu setakat ini menjangkiti 60 orang, termasuk 40 kes hari ini.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kluster itu juga antara punca jumlah kes di Tuaran meningkat kepada 81 kes berbanding 57 kes semalam.
“Kes indeks ialah seorang pelajar perempuan warga negara berumur 20 tahun yang sedang menjalani sesi praktikal di sana dan tinggal di kuarters pekerja.
“Beliau dikesan positif melalui saringan bergejala pada 5 Mac. Saringan ke atas kontak rapat mendapati 59 orang lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah kumulatif 60 pesakit setakat hari ini.
“Siasatan lanjut masih berjalan dan mereka yang positif telahpun diasingkan dan diberi rawatan yang sewajarnya.
“Kluster Institusi Pendidikan Jalan Getah di daerah Kunak pula ditamatkan hari ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.
Secara keseluruhan, kes harian di Sabah naik 49 kes kepada 845 kes hari ini berbanding 796 kes semalam.
Katanya, pertambahan itu berpunca daripada jumlah jangkitan baharu yang meningkat di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 13 Mac 2022
Sabah 845 (796)
Kota Kinabalu 227 (177)
Penampang 105 (61)
Papar 82 (102)
Tuaran 81 (57)
Tawau 39 (38)
Sandakan 37 (39)
Keningau 37 (26)
Tenom 24 (9)
Tambunan 23 (28)
Ranau 21 (12)
Putatan 21 (27)
Beaufort 20 (45)
Kota Marudu 19 (24)
Sipitang 18 (23)
Kota Belud 18 (19)
Lahad Datu 14 (19)
Kuala Penyu 12 (26)
Kinabatangan 10 (8)
Kudat 10 (19)
Kunak 7 (2)
Nabawan 5 (8)
Pitas 5 (7)
Kalabakan 5 (5)
Semporna 2 (1)
Beluran 2 (6)
Tongod 1 (3)
Telupid 0 (5)
Angk dalam kurungan adalah jumlah kes 12 Mac 2022
Kluster Baharu
Kluster Jalan Tambalang,
Tuaran 60(+40)
(Kluster Kumpulan Berisiko)
-Deasoka