
Kota Kinabalu: Jangkitan Covid-19 di Sabah mencatat penurunan 700 kes kepada 2,174 kes hari ini berbanding 2,874 kes yang dilaporkan semalam.
Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata tujuh daerah mencatat kes tiga angka dengan Kota Kinabalu mengekalkan kes tertinggi sebanyak 555 kes.
Katanya, ia diikuti daerah Penampang dengan 252 kes, Putatan (223 kes), Papar (204 kes), Tuaran (181 kes), Keningau (105 kes) dan Kota Belud (101 kes).
“Sebanyak 17 daerah lagi mencatat kes dua angka, manakala dua daerah mencatat kes satu angka, iikuti satu daerah iaitu Semporna tidak mencatat sebarang kes baharu pada hari ini,” katanya dalam kenyataan, petang ini.
Bagaimanapun, katanya peratusan kes sporadik atau jangkitan bergejala masih tinggi iaitu 62.74 peratus yang dibimbangi boleh mencetus peningkatan kes baharu pada bila-bila masa.
Katanya, penyusutan jumlah kes harian juga disebabkan jumlah ‘backlogs’ atau kes terrunggak yang semakin berkurangan dalam statistik harian beberapa daerah seperti di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
“Sebanyak 2,150 atau 98.9 peratus daripada 2,174 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, lapan kes dalam Kategori 3, manakala 10 kes dalan Kategori 4 dan enam kes lagi dalam Kategori 5.
Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), Masidi berkata setakat ini Sabah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 45,381 daripada 411,400 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun.
Dalam pada itu, katanya sebanyak 246 kes hari ini membabitkan kanak-kanak berumur bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 121 daripadanya adalah kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin iaitu berumur di bawah lima tahun.
Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:
Covid Update 28 Februari 2022
Sabah 2,174 (2,874)
Kota Kinabalu 555 (775)
Penampang 252 (272)
Putatan 223 (210)
Papar 204 (151)
Tuaran 181 (324)
Keningau 105 (120)
Kota Belud 101 (131)
Tawau 70 (127)
Beaufort 61 (60)
Sandakan 50 (61)
Tenom 49 (160)
Ranau 39 (33)
Kuala Penyu 38 (38)
Lahad Datu 38 (59)
Kota Marudu 32 (60)
Tambunan 27 (78)
Sipitang 27 (52)
Kinabatangan 22 (18)
Pitas 19 (28)
Kudat 16 (21)
Telupid 15 (19)
Kunak 13 (19)
Tongod 13 (16)
Nabawan 10 (17)
Beluran 8 (18)
Kalabakan 6 (4)
Semporna 0 (3)
Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 27 Februari 2022
-Deasoka