
Keningau: Beberapa rumah di Kampung Kahaba, di sini, terjejas akibat banjir selepas perkampungan berkenaan dinaiki air, sejak awal pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3 pagi berikutan hujan lebat berterusan sebelum penduduk menghubungi bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bagi mendapatkan bantuan kecemasan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.29 pagi.
Katanya, sepasukan tiga anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda Toyota Vigo serta bot dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba membuat pemantuan di kawasan kampung yang terlibat banjir.
“Bagaimanapun, tiada operasi pemindahan mangsa dijalankan namun pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Menurutnya, sebarang maklumat lanjut akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dan operasi ditamatkan pada jam 6 pagi.
-Deasoka