
Beaufort: Seramai 43 penduduk yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan DSP Mohd Dun Banir di sini, hari ini.
Semua mangsa membabitkan 14 keluarga itu dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka di Kampung Suasa, di sini, dinaiki air.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, PPS berkenaan dibuka pada jam 8 malam Isnin lalu, bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.
Katanya, setakat ini, trend semasa keadaan banjir kekal dan proses pemantauan di lokasi hotspot banjir masih giat dijalankan oleh agensi penyelamat.
-Deasoka