Kota Kinabalu: Sabah FC diasak Kelantan United FC hingga ke masa tambahan sebelum mencatat kemenangan 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas, malam ini. Gol kemenangan skuad Sang Badak itu dilakar pada minit ke-111 menerusi pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani yang dimasukkan bermula pada babak kedua