Kota Marudu: Dua lelaki yang memiliki senjata buatan sendiri ditahan polis dalam dua serbuan berasingan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu dalam operasi selama dua hari bermula, Khamis lalu. Kedua-dua suspek berusia 26 dan 46 tahun itu berjaya ditahan dalam operasi Op Laras yang dijalankan atas maklumat awam.