Kota Kinabalu: Jaringan gol tunggal bekas penyerang negara, Rozaimi Abdul Rahman, cukup untuk memberikan kemenangan kepada pasukan SAFA Tuaran bagi dinobatkan sebagai juara Piala Sabah 2022, hari ini. Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Likas, di sini, petang tadi, pemain berusia 30 tahun terbabit berjaya menghasilkan gol menerusi rembatan kencang