Sandakan: Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah ditahan bersama 38.52 gram syabu dalam operasi di Kampung Sentosa, Batu 10, Jalan Labuk, di sini, malam tadi. Lelaki berusia 35 tahun terbabit ditahan kira-kira jam 8.30 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas pemantuan selama sejam di kawasan perkampungan berkenaan.