Tawau: Seorang penagih dadah bergelut dengan polis dalam usaha meloloskan diri ketika ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah di kawasan Batu Payung, di sini, semalam. Suspek lelaki warga tempatan berusia 35 tahun ditahan pada 11.15 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.