Kota Kinabalu: Masjid Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah atau dikenali sebagai Masjid Baitul Rahman akan dirasmikan 3 September ini. Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah JPJ Sabah, Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, hari ini.