Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah secara prinsipnya bersetuju membuka Pejabat Perdagangan dan Pelancongan di Singapura bagi meningkatkan potensi ekonomi dalam kedua-dua sektor berkenaan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat secara maya Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon, di pejabatnya