Kota Kinabalu: Seramai 63,826 atau 15 peratus daripada 426,000 remaja berumur antara 12 tahun hingga 17 tahun di Sabah sudah menerima dos pertama vaksin setakat semalam. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata, semalam saja seramai 24,667 remaja dalam lingkungan umur berkenaan menerima vaksin di seluruh negeri.