Kota Kinabalu: Penganjuran majlis perkahwinan dan upacara potong jambul mencetuskan kluster baharu Covid-19 berkaitan jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan di daerah Ranau, hari ini. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kluster baharu yang diisytiharkan di Kampung Karanaan itu dikesan selepas seorang kakitangan awam dikesan positif Covid-19.