Kota Kinabalu: Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai komitmen kerajaan melaksanakan Undi 18. Timbalan Pengerusinya, Ag Marjohan Ag Amin, berkata selaku wakil anak muda, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mendengar dan melakukan perubahan mengikut suara rakyat.