Labuan: Seorang lelaki patah tangan kiri, cedera di bahagian kiri pinggang dan kepala selepas terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan 1, di sini, semalam, ketika mahu melarikan diri daripada ditahan. Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, suspek berusia 33 tahun dipercayai menceroboh masuk ke bangunan