Semporna: Taktik penyeludup menyembunyikan 180 karton rokok bernilai RM25,200 dalam bangsal terbiar di pesisir pantai Pulau Timbun Mata, di sini, gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pagi tadi. Serbuan itu dilakukan anggota Maritim Malaysia Zon Semporna menerusi Op Pluto Timur kira-kira jam 7.30