Kota Kinabalu: Sempena kedatangan Pesta Kaamatan, dua penyanyi kelahiran negeri di bawah bayu, Marsha Milan dan Velvet Aduk kembali menyemarakkan industri muzik tempatan menerusi single baharu mereka berjudul Aramaitiii. Pernah tampil dengan lagu duet Sumandak Sabah, Oi Gaman dan Insan Tadau, buah tangan terkini sahabat baik itu ibarat menjadi kemestian