Tawau: Hujan lebat hampir lima jam bermula jam 6 petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat. Antara kawasan yang terjejas iaitu Kampung Rawa-Rawa, Batu 4, Batu 2 Apas, Sin On dan Tanjung Batu Keramat. Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau, Japli Siping berkata, pihaknya menggerakkan dua
Tag: #Airpasang
105 rumah roboh susulan fenomena air pasang besar di Sandakan
Sandakan: Sebanyak 105 rumah dilaporkan roboh dipukul ombak ketika fenomena air laut pasang besar berlaku di dua kampung di daerah ini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lebih 200 mangsa dilaporkan terjejas membabitkan Kampung Forest dan Kampung Tinusa Dua. Semua mangsa yang terjejas kini ditempatkan di pusat
Dua rumah roboh, sembilan terjejas susulan fenomena air pasang, ombak besar
Kota Kinabalu: Dua rumah roboh dan sembilan lagi terjejas susulan fenomena air pasang besar serta ombak besar di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, air pasang besar mula naik sekitar jam 5 petang lalu mengarahkan pasukan polis supaya
Beberapa rumah di Kampung Tanjung Aru rosak, dilanda air pasang besar
Kota Kinabalu: Beberapa rumah yang dibina di atas air di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini, rosak akibat air pasang besar malam tadi. Kejadian yang bermula kira-kira jam 8 malam itu turut menyebabkan beberapa rumah dinaiki air menyebabkan 10 keluarga di kampung berkenaan terpaksa berpindah ke surau dan balai raya.