Tahan sakit kemaluan tersepit pada zip seluar

Tahan sakit kemaluan tersepit pada zip seluar

Semporna: Seorang murid tahun tiga terpaksa menahan azab kesakitan hampir sejam selepas kemaluannya tersekat pada zip seluar, dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan Kampung Simunul, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 8 tahun dikatakan tersepit selepas membuang air kecil.

Anggota bomba berusaha melepaskan kemaluan kanak-kanak terbabit daripada tersepit pada zip seluarnya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.23 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, pasukan bomba terus bertindak membantu membuka zip seluar kanak-kanak terbabit yang tersekat pada kemaluannya.

“Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk membuka zip berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.48 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|