Persekutuan digesa ambil berat isu atlet Sabah tiada peruntukkan: ADUN Kunak

Persekutuan digesa ambil berat isu atlet Sabah tiada peruntukkan: ADUN Kunak

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlina Arif menggesa pihak Persekutuan untuk mengambil berat isu melibatkan peruntukkan penyertaan wakil-wakil atlet dari Sabah yang mempunyai kelayakan bertanding di persada sukan negeri dan negara.

Menurut beliau, masih terdapat isu rombongan atlet yang gagal menyertai mana-mana kejohanan akibat tidak mempunyai sokongan dana atau sumbangan yang sepatutnya diterima.

“Pesan saya, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyedari tanggungjawab sebagai kementerian dari Persekutuan, tunaikan sahaja hak kami atau tidak pun, turunkan sahaja autonomi kepada Kerajaan Negeri, biar kami atur sendiri,”…ADUN Kunak, Norazlina Arif.

“Seperti mana isu yang menarik minat saya, ada pasukan bola sepak yang terdiri kalangan pelajar sekolah dari Keningau gagal menyertai kejohanan MSSM gara-gara tidak mempunyai dana yang cukup.

“Isu ini telah ditularkan di laman media sosial, yang saya kira perlu diambil berat oleh pihak berkaitan.

“Pihak Persekutuan melibatkan mana-mana kementerian yang berkenaan terutama Kementerian Pendidikan perlu peka terhadap perkara ini, dan sebagai rakyat Sabah, perkara ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya, dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Jelas beliau, meskipun sesuatu kejohanan itu melibatkan lokasi di Sabah sahaja, pihak kementerian yang terbabit perlu sedar bahawa negeri ini mempunyai demografi yang luas dan sudah tentu memerlukan suntikan kewangan seperti logistik, tempat tinggal kepada peserta kontinjen.

“Alhamdulillah, untuk Kontinjen Kunak yang bertanding di peringkat MSSM negeri, kita dapatlah memberi sedikit sumbangan pemelegaan kepada mereka untuk bertanding.

“Pesan saya, Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menyedari tanggungjawab sebagai kementerian dari Persekutuan, tunaikan sahaja hak kami atau tidak pun, turunkan sahaja autonomi kepada Kerajaan Negeri, biar kami atur sendiri, “tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|