Pengedar cuba lari ditahan bersama dadah

Pengedar cuba lari ditahan bersama dadah

Tawau: Seorang lelaki berusia 40-an ditahan bersama dadah dalam operasi yang dijalankan polis di Merotai Point, di sini, kelmarin.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis Balai Polis Bombalai, lelaki terbabit ditahan bersama dadah seberat 55.4 gram.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, serbuan dijalankan di kawasan kaki lima bangunan Merotai Point berhampiran Kampung Kijang.

Katanya, suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan cuba meloloskan diri dari kepungan polis selepas menyedari kehadiran polis.

“Hasil pemeriksaan badan yang dijalankan polis menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi hablur jernih.

“Dadah yang disyaki jenis syabu diaembunyikan di dalam poket seluar dipakai suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Peter berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, suspek terus dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|