KK One ganti projek terbengkalai StarCity

KK One ganti projek terbengkalai StarCity

Kota Kinabalu: Projek StarCity yang terbengkalai sejak sekian lama akan diteruskan dengan penjenamaan semula sebagai projek KK One.

Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC), Jamawi Jaafar berkata, projek tersebut akan dimajukan semula oleh SUDC bersama syarikat China, Fusun International Holiding Limited.

StarCity akan dijenamakan semula sebagai projek KK One.

Menurut Jamawi, projek itu sepatutnya dimulakan pada 2020 tetapi tertangguh ekoran penularan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika itu.

“Sekarang keadaan semakin pulih dan kita akan meneruskan semula rancangan tersebut dalam tempoh terdekat ini,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan hormat Fusun International Holding Limited yang diketuai Pengerusi Eksekutifnya, Feng Chuibin.

Jamawi berkata, sebelum dapat diteruskan beberapa perkara perlu diperhalusi antaranya perundingan dengan pembeli lama dan pihak bank yang perlu diselasaikan .

“Apabila isu ini dapat diselesaikan, kita menjangkakan projek ini akan dimulakan pertengahan tahun ini,” katanya.

Jamawi menambah SUDC akan menjadikan projek itu sebagai keutamaan lebih-lebih lagi ia adalah projek mega di bawah halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, projek itu disasar memberikan impak positif kepada pertumbuhan ekonomi Sabah selain pusat komersial yang akan menjadi daya tarikan baharu di ibu negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|