Buru dua suspek curi fon telinga

Buru dua suspek curi fon telinga

Kota Kinabalu: Polis daerah sedang giat melancarkan usaha memburu dua suspek yang dirakam mencuri alat fon telinga di sebuah premis di Pusat Beli Belah Suria Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kehilangan alat berkenaan hanya disedari pekerja premis berkenaan kira-kira jam 2 petang, semalam.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV,) kejadian didapati berlaku pada 12 Ogos lalu.

“Menerusi rakaman CCTV mendapati, terdapat dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

“Kedua-dua suspek masih belum dapat dikenalpasti dan anggaran kerugian adalah sebanyak RM1,098,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan usaha memburu suspek terlibat juga sedang dilakukan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, sebuah premis perniagaan di Alamesra, di sini, kerugian kira-kira RM10,000 selepas dipecah masuk, semalam.

Mohd Zaidi berkata, mengikut laporan diterima, beberapa barangan pejabat dilaporkan termasuk komputer riba, peti sejuk, mesin pencetak, peralatan tulis dan makanan ringan.

“Siasatan sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|