“Siapa sangka, di sebalik Misi Jelajah Sabah Yayasan Maghfirah (YM) di Semporna,pasukan YM dipertemukan dengan dua orang kanak-kanak yang menghidapi penyakit hidrosefalus (kepala besar), anak kecil yang sedang berjuang dengan ujian hidup sejakusia yang sangat muda.
”1 Februari 2026, 13 Syaaban 1447H, Semporna Sabah – YM meneruskan komitmennya menyantuni golongan yang memerlukan menerusi Misi Jelajah Sabahyang berlangsung di Masjid As-Salam, Semporna. Misi ini memberi fokus khusus kepada kebajikan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, asnaf, sertausaha memartabatkan bacaan Al-Quran dalam kalangan komuniti setempat.
Misi ini dilaksanakan di Kelas Sahabat Al-Quran Braille (SAQB) cawangan Sabah yang menempatkan para pelajar OKU penglihatan. Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah oleh Tuan Muhammad Shuib bin Norudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah,sebagai pengisian rohani dan suntikan semangat kepada para pelajar dan masyarakat setempat.
Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan infak Al-Quran serta sesi bacaan Al-Quran empat muka surat secara bersama antara wakil YM, para pelajar SAQB dan penduduk sekitar. Detik ini bukan sekadar bacaan, tetapi simbol kasih sayang, harapan dan komitmen untuk memastikan golongan OKU penglihatan terus dekat dengan kalamAllah. Misi diserikan lagi dengan penyampaian Kotak Jiwa Peduli yang mengandungi barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai kepada para pelajar SAQB danpenduduk sekitar.
Namun, momen yang paling menyentuh perasaan pasukan pada misi kali ini adalahapabila ziarah dilakukan ke rumah-rumah asnaf, termasuk dua orang anak kecil yang menghidapi penyakit hidrosefalus. Melihat senyuman polos mereka di sebalik ujian kesihatan yang berat benar-benar menginsafkan kami bahawa masih ramai insan diluar sana yang memerlukan perhatian, doa dan bantuan berterusan.
Sehubungan itu, Yayasan Maghfirah mengalu-alukan sokongan berterusan masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang ke Tabung Kongsi Rezeki, bagi memastikan bantuan kebajikan dapat diteruskan secara mampan kepada lebih ramai penerima di seluruh negara. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB 8603221 427 dengan rujukan KongsiRezeki9. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian 019-651 9663 (Cik Kauthar). Ayuh menyokong secara berterusan dan bersama kami dalam menjayakan serta memberikan keceriaan kepada asnaf yang memerlukan.Yayasan Maghfirah, Wadah Dakwah Anda.
