TYT, KM santuni warga TLDM
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, pada Khamis.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin berkenan menghadiri majlis itu dan bersama-sama menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran sempena Ramadan.
Program itu dimulakan dengan tazkirah ringkas, majlis berbuka puasa sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah.Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Haji Malek Razak Sulaiman, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris.
