KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama ribuan jemaah di Masjid Negeri hari ini.
Sejurus ketibaan pada 7.25 pagi, Tun Musa bersama isteri Toh Puan Faridah Tussin disambut oleh Hajiji, Speaker Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Islam Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab.
