PUTATAN: Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Hajiji Noor berbuka puasa bersama warga Divisyen Infantri Kelima di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi di sini hari ini.
Tun Musa, yang diiringi isterinya Toh Puan Faridah Tussin, dan Hajiji yang diiringi Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, disambut oleh Panglima Divisyen Infantri Kelima Mejar Jeneral Shamsor Haji Jaafar.
Turut hadir Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat Shah Alfie Yahya, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta pegawai kanan tentera.
