PUTATAN: Ahli Parlimen P.173 Putatan; Datuk Ir Shahelmey Yahya dan rombongan mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Sembulan yang menempatkan seramai 14 KIR susulan insiden kebakaran di Kg Tanjung Aru Baru, malam tadi.
Menurut laporan awal JBPM Sabah, kejadian kebakaran kira-kira jam 2.50 petang Rabu itu telah memusnahkan empat buah rumah dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan bomba.
TAMAT.
