KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu, Mejar Jeneral Shamsor Haji Jaafar di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri antara lain membincangkan isu-isu keselamatan bersama Shamsor. Mereka turut membincangkan perkara-perkara berkaitan Divisyen Kelima Infantri yang berpangkalan di Kem Lok Kawi.
Shamsor yang diiringi oleh Pegawai Staf, Leftenan Kolonel Ahmad Zurairi Muda dan Kapten Ameer Ashraf Masudi, telah mengambil alih tugas daripada Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin pada 30 Januari tahun ini.
