TAWAU: Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan telah merasmikan Pests Kopi Glam Tawau di Padang Bandaran Tawau pada Sabtu.
Pesta Kopi yang julung-julung kali diadakan itu disertai oleh para pengusaha Bumiputera khususnya golongan belia.
Dalam ucapannya Nizam mengajak generasi muda agar berani menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam ekonomi kreatif.
“Golongan belia perlu kreatif dan inovatif melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bermula dari kecil-kecilan. Kerajaan dan banyak agensi lain menyediakan pelbagai bantuan dan bimbingan membantu usahawan belia”, katanya.
Beliau juga menasihatkan golongan belia agar tidak membuang masa mereka dengan aktiviti tidak berfaedah, sebaliknya terlibat dengan perkara berfaedah yang dapat memberi manfaat dan menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat.
