PUTATAN: Persatuan berdaftar atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan menjadi kepada nadi penggerak aspirasi kerajaan negeri dalam memastikan rakyat di peringkat akar umbi terus disantuni terutama pada musim perayaan ini.
Ahli Parlimen Putatan; Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ia antara bertujuan membela nasib dan meringankan beban golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi di daerah Putatan.
Jelasnya, bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kunjung tiba, pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari pihak NGO adalah amat digalakkan.
“Sudah tentu, dengan keseronokkan kita menyambut bulan Syawal pada minggu ini, janganlah kita melupakan golongan fakir miskin, asnaf dan mereka yang kurang bernasib baik.
“Meskipun pihak kerajaan telah banyak menjalankan aktiviti bantuan dan kebajikan, pihak NGO-NGO ini juga penting untuk melaksanakan CSR mereka.
“Bagi pihak kami di Putatan, program CSR amatlah digalakkan kepada mana-mana NGO yang mahu menghulurkan bantuan, “katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) berkata demikian selepas program penyerahan bantuan bakul makanan anjuran Persatuan Wanita Perkasa Sabah (PWPS) di Dewan Mini Kg Muhibbah, dekat sini, pada Isnin.
Hadir sama Pengerusi PWPS; Salma Said, Pegawai Khas Kanan Parlimen Putatan; Sufian Matin, Pegawai Khas Pentadbiran dan Operasi Parlimen Putatan; Mahadzir Abd Majid dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat; Latip Jiar.
Sementara itu, dalam majlis tersebut, Shahelmey turut menyampaikan bakul makanan kepada seramai 34 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf sekitar Putatan.
“Sebagaimana yang saya maklumkan, program seperti ini merupakan salah satu signifikan kepada insiaitif bantuan yang disampaikan oleh pelbagai pihak seperti NGO PWPS.
“Sehubungan itu, kita berharap ia dapat diteruskan dari semasa ke semasa di samping kita dapat menjalankan ibadah membantu mereka yang memerlukan bersempena bulan mulia ini, “katanya lagi.
Caption: SHAHELMEY menyampaikan bakul makanan kepada para penerima dalam program penyerahan bantuan bakul makanan anjuran Persatuan Wanita Perkasa Sabah (PWPS) di Dewan Mini Kg Muhibbah, Putatan.
