KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil. Pertama bagI tahun 2026 di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.
Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, di samping memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negeri dan negara daripada sebarang ancaman.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof, Komander Eastern Sabah l Security Command (ESSCOM), Datuk Victor B Sanjos, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.
