KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memenuhi jemputan makan malam yang dihoskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, di Semuka Cafe, Seri Negara, Kuala Lumpur di sini malam tadi.
Pada majlis itu, Ketua Menteri turut mengambil kesempatan berbincang dengan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah berkaitan pelbagai isu termasuk berkongsi perkembangan kerjasama kerajaan negeri bersama PETRONAS melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA).
Majlis makan malam itu dihadiri Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah antaranya Ahli Parlimen Tawau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui; Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.
Terdahulu pada sebelah petang, Ketua Menteri telah menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen-Dokumen sempena memperingati kerjamasa antara kerajaan negeri dan PETRONAS di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
