PUTATAN: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sentiasa peka terhadap senario semasa terutamanya melaksanakan dan menyediakan medium membantu masyarakat setempat.
Setiausaha Bahagian PGRS Tanjung Keramat; Shah Alfie Yahya (SAY) berkata, ini terutamanya musim pembukaan persekolahan yang mana melibatkan penyediaan golongan ibu bapa dan anak-anak mereka dengan pihaknya membina pelbagai insiatif bagi membantu mengurangkan sedikit sebanyak beban perbelanjaan.
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Keramat itu juga, program Back To School seperti aktiviti mengunting rambut juga dilihat memberi sokongan moral kepada golongan ibu bapa sekaligus menyemarakan semangat para pelajar memulakan musim persekolahan tahun ini.
“Sebagai kerajaan pentadbir negeri, kita menerusi platform parti GRS dan PGRS juga menyediakan khidmat sosial serta kemasyarakatan kepada komuniti setempat seperti program bergunting rambut melibatkan beberapa lokalititi sekitar DUN Tg Keramat.
“Ini merupakan salah satu kepekaan dan toleransi buat parti kita dalam usaha memangkinkan khidmat kemasyarakatan yang bukannya bersifat politik semata-mata.
“GRS dan PGRS terutama di Tanjung Keramat ini sentiasa mahu menunjukkan teladan yang positif, di samping kita berpolitik, tanggungjawab sosial tidak diabaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melalukan tinjauan ke program Back To School di beberapa lokaliti sekitar Tanjung Keramat yang dianjurkan PGRS Tanjung Keramat, pada Sabtu.
Hadir sama adalah Ketua Bahagian PGRS Tanjung Keramat, Ir. Ummar Ariff Abu Bakar dan rombongan jentera GRS Tanjung Keramat.
