KOTA KINABALU: Seramai 159 Ketua Isi Rumah melibatkan 495 penduduk terjejas akibat banjir di Sabah setakat jam 8.00 pagi tadi
Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah, dua daerah terlibat iaitu Beaufort dan Kota Kinabalu dengan dua Pusat Pemindahan Sementara masih beroperasi.
Di Beaufort, seramai 113 Ketua Isi Rumah melibatkan 315 penduduk ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, Beaufort yang dibuka sejak jam 5.00 pagi pada 2 Januari lalu.
Sementara itu di Kota Kinabalu, seramai 46 Ketua Isi Rumah melibatkan 180 penduduk dipindahkan ke Dewan Masjid Al Munir, Kampung Darau yang mula dibuka pada jam 9.00 pagi, sejak kelmarin.
Tiada kematian dilaporkan setakat ini dan kesemua pusat pemindahan kekal dibuka bagi menempatkan mangsa banjir yang terjejas.
Dari segi pecahan mangsa, seramai 277 orang terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, manakala 218 orang lagi melibatkan kanak kanak dan bayi.
Pihak berkuasa memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sumber
Pusat Kawalan Bencana Negeri Sabah
