
LAHAD DATU: Tindakan tiga beradik wanita menggunakan kad ATM yang bukan milik mereka untuk membeli barangan akhirnya memakan diri apabila ditahan polis di Lahad Datu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, siasatan dijalankan selepas pemilik kad membuat laporan kehilangan dan menyedari kad ATM miliknya telah digunakan tanpa pengetahuan.
“Hasil semakan dengan pihak bank, pengadu mendapati kadnya telah digunakan beberapa kali di premis sekitar Lahad Datu,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Lahad Datu berjaya mengesan dan menahan ketiga-tiga suspek yang kemudian mengaku menggunakan kad berkenaan untuk membeli barang keperluan secara ‘paywave’.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat untuk menipu.
Tiga beradik ditahan guna kad ATM tercicir untuk berbelanja
Lahad Datu, 5 Ogos 2025 – Tindakan tiga beradik wanita menggunakan kad ATM yang bukan milik mereka untuk membeli barangan akhirnya memakan diri apabila ditahan polis di Lahad Datu.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Haji Dzulbaharin Haji Ismail, siasatan dijalankan selepas pemilik kad membuat laporan kehilangan dan menyedari kad ATM miliknya telah digunakan tanpa pengetahuan.
“Hasil semakan dengan pihak bank, pengadu mendapati kadnya telah digunakan beberapa kali di premis sekitar Lahad Datu,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Lahad Datu berjaya mengesan dan menahan ketiga-tiga suspek yang kemudian mengaku menggunakan kad berkenaan untuk membeli barang keperluan secara ‘paywave’.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat untuk menipu.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan segera melaporkan jika kehilangan kad ATM atau maklumat perbankan bagi mengelak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.
Deasoka