Tiada istilah legasi politik dalam demokrasi yang ditentukan melalui proses pengundian. Seringkali apa yang timbul sebenarnya lebih berbentuk stigma dan rasa tidak puas hati.
Politik ialah satu daripada banyak bidang dalam kehidupan. Dalam keluarga kita ada yang menjadi doktor, polis atau guru. Ada pula yang langsung tidak berminat dengan politik manakala sebahagian lain memang minat dan memilih laluan itu sebagai cara berkhidmat kepada masyarakat.
Hari ini sebagai contoh kita dihidangkan di media sosiql pelbagai tohmahan, termasuk dakwaan bahawa Tun Musa Aman telah “memasang” ahli keluarganya sebagai calon pada pilihan raya negeri.
Jika diteliti secara objektif, perkara itu lebih menggambarkan kesungguhan anak-anak yang berkongsi minat untuk memimpin setelah terinspirasi oleh ayah mereka yang merupakan tokoh pemimpin.
Sebagai contoh di Amerika Syarikat. Keluarga Bush sangat terkenal. George H W Bush menjadi Presiden manakala anaknya George W Bush juga menjadi Presiden. Seorang lagi anak iaitu Jeb Bush pula menjadi Gabenor Florida dan calon presiden.
Apa yang utama ialah niat dan kemampuan untuk berkhidmat serta menjawab harapan rakyat. Harus kita ingat “keturunan tidak menjamin kemenangan dalam demokrasi ,di dalam demokrasi, rakyat yang menentukan”
DISCLAIMER:
Artikel ini ditulis berdasarkan analisis bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. Ia merupakan pandangan dan penilaian daripada pemerhati politik tempatan berdasarkan fakta serta rekod pentadbiran. Penulis mempunyai pengalaman berkhidmat dengan ahli politik Sabah dan telah bertugas sebagai wartawan sejak tahun 2010 hingga kini.
