Screenshot
LAHAD DATU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN N. 60 Tungku, Datuk Haji Abdul Hakim Bin Gulam Hassan berjanji akan berusaha menaik taraf kawasan Tungku daripada daerah kecil kepada daerah penuh sekiranya diberi mandat.
Selain soal status daerah calon GRS itu juga mahu membawa pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuk meningkatkan serta memperluas liputan Internet berkelajuan tinggi ke kawasan Tungku.
“Kita sedia maklum .. Tungku ini merupakan satu kawasan luar bandar dan sudah pasti pembangunan yang perlu kita bawa masuk…
“Antara lain bagaimana supaya daerah Tungku ini daripada daerah kecil kita tingkatkan menjadi daerah penuh… Ini merupakan keutamaandan dalam masa sama juga pembangunan infrastruktur termasuk kemudahan Internet yang kita sedia maklum Internet perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa..,katanya.
Sementara itu berkenaan sokongan Datuk Abdul Hakim berkata,sokongan rakyat di Tungku juga telah menunjukkan trend peningkatan positif sepanjang siri jelajah kempennya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan penutupan pertandingan gubahan junjung sireh serta pertandingan memasak makanan etnik Kampung Segangan yang berlangsung di Dewan Latag, Tungku di sini.
Selain itu, beliau turut melawat Markas Pusat Daerah Mengundi ( PDM) DUN Tungku di bandar iPeak sebagai sebahagian daripada pengukuhan jentera parti.
Sehubungan itu Datuk Abdul Hakim optimis sokongan rakyat yang semakin meningkat ini akan diterjemahkan kepada kemenangan pada hari pengundian kelak.
