
SANDAKAN : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor
merupakan pemimpin yang mengutamakan penyatuan rakyat.
Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat (Gagasan) Sungai Sibuga, Henry Haji Hamdan berkata
ini dibuktikan apabila ketua menteri lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding
agenda politik kepartian semata-mata.
“Pada pilihan raya negeri yang lalu kita membentuk kerjasama termasuklah dengan Barisan Nasional (BN) dan langkah dapat mengelak perpecahan di kalangan rakyat,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi
Nasir yang disifatkannya seperti peribahasa “kuman diseberang laut nampak,gajah depan mata
tidak nampak.
katanya Ketua menteri membuat agihan jawatan seperti menteri dan pembantu menteri dengan
seimbang dan saksama.
Menurut Henry, Ketua Menteri (Hajiji) berbuat demikian kerana mengutamakan rakyat.
Sehubungan dengan itu, Henry berkata Hajiji wajar dipertahankan dan dikekalkan sebagai
ketua menteri.
Beliau berkata, pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh Ketua Menteri dari sektor
pendidikian ke program akar umbi kesemuanya untuk rakyat.
Saya selaku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sungai Sibuga membidas kenyataan Ahli Parlimen
Libaran yang memperlihatkan kepincangan parti sendiri melalui kenyataan mahu mendesak
Ketua Menteri letak Jawatan sementara Ketua Perhubungan UMNO sendiri DS Bung Moktar
bergelut dengan kes Rasuah yang masih membela.
Tidak wajar seorang pemimpin memainkan agenda “undur” demi menyembunyikan agenda
penghianatan kepada rakan gabungan GRS dengan menikam dari belakang kepimpinan GRS
melalui Langka Kinabalu.Sekali lagi, ditegaskan pendirian Ketua Menteri ADALAH TEPAT KETIKA INI.