
KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M. Yahya menyerahkan beberapa keping gambar rasmi berkumpulan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa Haji Aman kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Penyerahan gambar tersebut sempena perasmian sidang DUNS penggal ke-5 tahun 2025. Yang mana ianya merupakan sidang yang pertama yang dirasmikan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Musa Haji Aman dan juga perasmian terakhir bagi penggal DUN ke-16.
Turut hadir Setiausaha DUN Sabah, Puan Rafidah Maqbool Rahman dan beberapa pegawai DUN.