
KOTA KINABALU: SMJ Energy Sdn Bhd telah menyumbang RM1 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini.
Hajiji memuji SMJ Energy kerana menyahut seruan Kerajaan Negeri agar GLC turut membantu mangsa banjir di negeri ini.
Sumbangan itu akan melengkapkan inisiatif Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir, katanya.
Dana tersebut akan disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.