PUTATAN: AHLI Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya hari ini berkesempatan mengadakan tinjauan rapat dan menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Putatan, Putatan, hari ini.
Beliau bersama rombongan Pejabat Parlimen P 173 Putatan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang terlibat pada tinjauan tersebut.
Terdahulu, seramai 69 mangsa ditempatkan di PPS berkenaan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan sembilan buah rumah manakala sebuah lagi terjejas teruk dalam insiden kira-kira jam 1.30 petang, di Kampung Pasir Putih pada Isnin lalu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.
