PUTATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya ditemani isteri beliau, Nurul Diyana Yassin bersama rombongan dalam lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan seramai 69 mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan, semalam.
Dalam lawatan berkenaan, beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan dan mengadakan tinjauan rapat kepada mangsa-mangsa yang terdiri daripada penduduk tempatan susulan insiden yang memusnahkan 11 rumah berkenaan.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, sebanyak 9 rumah musnah terbakar, manakala sebuah terjejas teruk dan menyebabkan 20 keluarga terpaksa sehelai sepinggang ekoran kebakaran terbabit.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kesemua mangsa yang terlibat ditempatkan di Dewan Sri Putatan bagi tujuan penempatan sementara, bermula pada semalam (Isnin).
